Pilihan raya 1960 dan selepas naib presiden Richard_Nixon

Pada 1960, beliau mara sebagai calon Presiden namun dikalahkan oleh John F. Kennedy, yang ironiknya ialah teman Nixon (Kennedy merupakan salah seorang yang pertama memberi selamat ketika Nixon dipilih sebagai pasangan Eisenhower). Faktor penting yang menyebabkan kekalahannya adalah debat kepresidenannya yang pertama di televisyen. Walaupun penampilannya lusuh, Nixon menolak solekan pihak televisyen. Beliau merasa sakit kerana lututnya terluka ketika berangkat ke studio. Beliau berharap memenangkan suara melalui percakapannya dalam kebijakan luar negerinya, namun orang hanya melihat seorang lelaki yang kesakitan, bermandi peluh dan mengenakan pakaian kelabu yang tenggelam dengan latar belakang, manakala saingannya Kennedy, nampak hebat. Penelitian di kemudian hari menunjukkan bahwa pendengar debat melalui radio lebih berpihak kepada Nixon, namun ternyata penonton TV memenangkan Kennedy.

Pada 7 November 1962, beliau kalah dalam pemilihan Gabenor California. Dalam pidato pengakuan kekalahannya, Nixon menyatakan bahawa itu merupakan "persidangannya yang terakhir" dan bahawa "Dick Nixon takkan ada lagi untuk ditendang".